Isnin, 27 April 2015

CALL, SMS ATAU WHATSAPP :-
019-3764064 SAMSUDIN
019-3716470 SATARIAH
HARGA PATUT UNTUK DI SEWA. LEBIH 2 MALAM, KAMI BAGI POTONGAN LAGI.

Sabtu, 19 April 2014

WIFI

Kami ada menyediakan WIFI   di Proton City jika di minta.
Kadar  capaian internet yang lebih laju juga di sediakan  , anda boleh layari hjariah2.no-ip.biz untuk keterangan lanjut. 




DIDIK HOMESTAY @ PROTON CITY

Pintu masuk ke DIDIK HOMESTAY
DAMIANA APARTMENT  PROTON CITY.
Jalan Kempas 3, 35900, Tanjong Malim , Perak Darul Ridzuan.



Rumah teres satu tingkat di Taman Bernam Jaya sebelah tol Tg Malim.
Jalan Kemudi 2E, Taman Bernam Jaya, Tg Malim.

Rabu, 16 April 2014

WIFI - PENGGUNAAN INTERNET

Kami ada menyediakan Wifi  di Proton City jika di minta.




KADAR SEWAAN

Kadar Sewaan di Proton City

1. Hari biasa (Isnin hingga Jumaat) 
     RM 130.00 semalam
2. Sabtu, Ahad, Cuti Umum                             RM 140.00 semalam
3. Masa Konvo                                                 RM 180.00 semalam
4. Deposit Komitmen :                                   RM 50.00

Kadar Sewaan di Taman Bernam Jaya

1. Hari biasa (Isnin hingga Jumaat)
    RM 140.00 semalam
2. Sabtu, Ahad, Cuti Umum              
    RM 150.00 semalam
3. Masa Konvo                                                 RM 200.00 semalam
4. Deposit Komitmen :                                   RM 50.00 

HARGA PATUT UNTUK DI SEWA. LEBIH 2 MALAM, KAMI BAGI POTONGAN LAGI.

*Jaminan harga termurah di Tanjong Malim  (pada homestay yang sebanding)

*DIDIK Homestay berhak mengubah kadar-kadar di atas dengan notis. 

Call, SMS atau Whatsapp No HP di bawah.

SAMSUDIN  (019-3764064) –SMS / Whatsapp
SATARIAH ( 019-3716470) –SMS / Whatsapp

TERMA DAN SYARAT

Terma dan syarat

Bagi memastikan keselesaan para tetamu dan membekalkan panduan kepada urusan perniagaan di antara DIDIK Homestay dan tetamu maka terma dan syarat berikut adalah terpakai kepada para tetamu sepanjang proses tempahan dan penginapan di DIDIK Homestay :
 
Umum


1.    Penginapan DIDIK Homestay hanya dibuka kepada tetamu beragama ISLAM sahaja sama ada individu, pasangan, kumpulan atau keluarga. Tetamu yang bukan mahram yang menyewa secara berkumpulan perlu terdiri daripada sejantina sahaja.



2.    DIDIK Homestay bermaksud keseluruhan rumah dan kemudahan yang terdapat di dalamnya.


3.    Segala urusniaga adalah dalam mata wang rasmi Negara Malaysia (Ringgit Malaysia).

4.    Terma dan syarat ini adalah sebagai panduan am. Sebarang kemusykilan yang timbul akan diselesaikan secara baik dengan asas persaudaraan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
 
Tempahan


1.    Tempahan adalah berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat” (first come first serve basis) dan hanya disahkan apabila deposit komitmen telah dibayar oleh tetamu.


2.    Tetamu perlu membayar deposit komitmen sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja) sehari sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut merupakan sebahagian daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki jumlah sewaan sahaja sewaktu check-in. Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan.


3.    Segala urusan pembayaran sewaan sama ada deposit komitmen atau baki sewaan adalah secara tunai. 

4.    Tetamu yang telah membuat pengesahan tempahan dibenarkan untuk mengubah tarikh atau tempoh penginapan tanpa caj dengan persetujuan pihak DIDIK Homestay bergantung kepada kekosongan (availability). 


5.    Pembatalan terhadap tempahan yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit komitmen akan dikembalikan sepenuhnya. Tiada wang deposit komitmen dikembalikan untuk pembatalan yang dibuat pada jangkamasa yang lebih pendek.
 
Bayaran Masuk


1.    Bayaran sewaan hendaklah dibuat sepenuhnya secara tunai sewaktu proses check-in. Cara bayaran selain bayaran tunai adalah tidak diterima.


2.    Sewaktu musim puncak iaitu musim-musim cuti persekolahan atau cuti umum, deposit jaminan sebanyak RM50.00 sehari akan dikenakan sewaktu tetamu check-in. Deposit tersebut adalah sebagai jaminan daripada tetamu untuk check-out  tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari atau waktu lain yang telah dipersetujui
 
Penggunaan
1.    Waktu check-in ialah pada jam 2 petang dan ke atas sementara waktu check-out ialah selewat-lewatnya pada jam 12 tengahari. Check-in awal dan check-out lewat adalah dibenarkan bergantung kepada kebolehsediaan dan persetujuan DIDIK Homestay.
2.    Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk sebarang haiwan peliharaan ke dalam DIDIK Homestay.
3.    Tetamu dibenarkan memasak menggunakan hanya peralatan yang telah disediakan.
4.    Tetamu dilarang melakukan pengubahsuaian terhadap punca dan peralatan elektrik, bekalan air serta susun-atur perabot.
5.    Tetamu dilarang sama-sekali melakukan aktiviti yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam serta membawa makanan/minuman yang haram di sisi Islam.
6.    DIDIK Homestay berhak untuk mengenakan bayaran gantirugi bagi setiap kerosakan yang disebabkan oleh tetamu mengikut kadar yang telah ditetapkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.
7.    DIDIK Homestay berhak untuk tidak membenarkan tetamu daripada terus menginap sekiranya tetamu telah melanggar mana-mana peraturan setempat atau terdapat aduan munasabah daripada jiran-jiran tentang salah laku tetamu.
8.    Perkhidmatan bilik (Room service) tidak disediakan. 
9.    DIDIK Homestay tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kerugian atau sebarang perkara musibah yang timbul terhadap para tetamu di atas kecuaian tetamu sendiri atau kerana disebabkan perkara yang di luar kawalan DIDIK Homestay.
10. Penggunaan internet di sediakan jika di minta.
11.Barang makanan / minuman yang tertinggal dikira halal.
12. Barang peribadi yang tertinggal harus di tuntut dalam tempoh seminggu.

 
Resit dan Dokumentasi

1.    Resit penginapan hanya akan dikeluarkan atas permintaan tetamu apabila  bayaran penuh telah dibuat.

2.    Tetamu perlu menyimpan bukti pembayaran deposit komitmen untuk semakan semasa check-in.

3.    DIDIK Homestay berhak untuk melihat dokumen tetamu seperti kad pengenalan dan sijil perkahwinan sebelum tetamu check-in sekiranya difikirkan perlu.

SEKILAS DIDIK HOMESTAY

PENGENALAN

DIDIK Homestay adalah apartment lengkap  dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air berkeluasan keseluruhan lebih kurang 1500 kaki persegi. Lokasi DIDIK Homestay ialah di Apartment Damiana, Proton City, Tanjong Malim, Perak. DIDIK Homestay terletak di Blok A7 (blok belakang dan hampir dengan Sekolah Rendah) dan berada di aras satu.



Peta Lokasi DIDIK Homestay di Proton City
Lokasi ke dua  terletak bersebelahan  tol Tg Malim. Lepas keluar  tol ikut kiri. Ikut sign board PKNS Bernam Jaya.
                                  Peta lokasi Didik Homestay Bernam Jaya dari Tol Tg Malim

KONSEP

DIDIK Homestay adalah rumah inap oleh MUSLIM untuk MUSLIM. Kami menawarkan perkhidmatan penginapan untuk seluruh isi-apartmen (whole-house). Kami komited berurusan dengan asas "Customer is King" di samping segala perkara timbal-balas seperti penetapan tarikh, harga, masa check-in dan check-out adalah "Negotiable". Kami meletakkan keselesaan dan kebajikan tetamu sebagai perkara pokok sesuai dengan motto MESRA. DAMAI. SELESA.NYAMAN.




KEMUDAHAN DI PROTON CITY


DIDIK Homestay  menyediakan perkara / servis / barangan.  tiled & grilled. Air-cond. bilik  utama.  24/Jam security (gated apartment). Abundance parking lots.LCD TV.-IJNOI  Water-Heater shower.Dapur masak /Periuk Nasi 1.8L  / Pemanas air/ Kuali/ Periuk/ Pinggan/mangkok, ,Peti ais, Meja makan Sofa. Iron/ Board, Telekung/ sejadah,, Mesin basuh manual. Mini Cafe. Kemudahan WIFI percuma dan Internet berbayar juga di sediakan dengan bayaran Serendah RM 2/ sehari / 1 user. Hubungi / layari
 hjariah2.no-ip.biz.

KEMUDAHAN DI BERNAM JAYA TG MALIM


DIDIK Homestay  menyediakan perkara / servis / barangan.  tiled & grilled. Air-cond bilik utama, parking berbumbung. LCD TV.-IJNOI  Water-Heater shower.Dapur masak /Periuk Nasi 1.8L  / Pemanas air/ Kuali/ Periuk/ Pinggan/mangkok, ,Peti ais, Meja makan Sofa. Iron/ Board, Telekung/ sejadah,


LOKASI TUMPUAN

Masa dari DIDIK  Homestay yang dinyatakan adalah anggaran perjalanan menaiki kenderaan dengan kelajuan sederhana/munasabah :( Dari proton city)

1. UPSI (Kampus Baru) - 5 minit  *Mesin ATM BIMB
2. UPSI (Kampus Lama) - 10 minit *Mesin ATM BIMB, Maybank
3. Pekan Tanjong Malim - 10 minit
4. Pekan Slim River - 30 minit
5. Stesen Petronas - 10 minit *Mesin ATM CIMB, Maybank, Deposit CIMB
6. Stesen Shell - 10 minit
7 Stesen BHP - 10 minit *Mesin ATM BIMB
8. INSTUN - 10 minit
9. Politeknik Behrang (PSAS) - 15 minit *Mesin ATM BIMB
10. Majlis Daerah Tanjong Malim - 8 minit
11. Bandar Behrang 2020 - 9 minit *Pasaraya TF Value-mart
12. Kilang/Stadium Proton - 7 minit *Mesin ATM Maybank / Bank Muamalat
13. Jeram Sg. Bill/Sg. Dara - 10 minit
14. Jeram Sg. Samak - 15 minit
15. Stesen Kereta Api TG. Malim - 10 minit
16. Stesen Bas Tg. Malim - 11 minit
17. Darul Quran, Kuala Kubu Bharu - 30 minit
18. Taman Rekreasi Air Panas, Sungkai - 45 minit
19. Kalumpang Resorts - 20 minit.

SEKITAR HOMESTAY







LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...